Sunday, March 29, 2009

ARMAGEDDON (PERANG BUKIT) BUKIT SELAMBAU PART 1

AKU PI HARI PENAMAAN CALON BKT SELAMBAU
BKT GANTANG TAK BEST PASAL MELAYU TERBAHAGI 2
KATA NAK ISLAM BERSATU
TAPI YANG SATU NAK BOLOT KAT DIA

AKU HARAP TERMINATOR TERMINATOR YANG BERSELERAK KAT BUKIT BUKIT NI DIMUSNAHKAN

BUKAN APA KESIAN KAT ORANG BIASA ....SILAP SILAP BOLEH MEREMPAT

Thursday, March 26, 2009

UMNO: bersedia untuk ARMAGEDDON di BUKIT BUKAU!

ARMAGEDDON bermaksud perang bukit seperti yang berlaku pada zaman hayat rasulullah dimana pada mulanya baginda menang perang itu dan tanpa diduga dengan kerakusan tentera baginda mengumpul harta akhirnya musuh MENYERANG MEREKA dan tentera rasul lumpuh

FAST FOWARD TO THE PRESENT!

peristiwa sama berlaku dengan parti kesayangan orang ramai tapi bukan aku
aku geng lain
bagi aku MELAYU yang diperjuangkan UMNO hanya di dunia
bila dah masuk KUBOQ hanya yang ada 2 golongan ORANG ISLAM atau ORANG KAFIR
hangpa pilih la sendiri mana satu hangpa nak
MESYUARAT AGONG BARU NI sama ada memperkuatkan UMNO atau sebaliknya
sama sama kita tunggu
DELEGASI UMNO terus pi MASUK KEM kat BUKIT BUKAU tu kot
INGAT! geng geng ana orang PR
JANGAN LUPA DIRI!!!!
BOS KITA BUKAN PRESIDEN PARTI
BOS KITA TUHAN - ALLAH TAALA
APA KITA NAK JAWAB KALAU KITA KALAH
LU PIKIR LA SENDRI

Wednesday, March 18, 2009

HARI RABU (PART 1)

Hari Rabu
kalau ikut catatan sejarah islam hari ni boleh la dikatakan hari TERMINATOR sebab majoriti catatan pasal cerita Allah melingkupkan makhluk saja hari ni so kalau di timpa malang tu hari ni bawak bawak la sembahyang tobat!!!!!!

antara peristiwa ari ni dalam sejarah (hari ketiga hari rabu)
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat

isk takutla hari rabu!!!!

Tuesday, March 10, 2009

HARI SELASA (PART 1)

pada hari selasa terjadinya....

1.wafatnya jurjis (nak kena research sapa dia ni....)
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..

Monday, March 9, 2009

HARI ISNIN (PART 1)

KELEBIHAN HARI ISNIN

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin,baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut.

happy birthday MUHAMAD! (maulidur rasul)

ni aku nak tribute untuk sorang manusia yang penting dalam RELIGIOUS LIFE aku dan semua orang yang bergelar manusia , orang ni ada banyak jenis....manusia , terminator , dll. anyway aku nak kasi tau dia ni sebenarnya antara orang yang paling ditakuti oleh orang kafir dan juga sesetengah orang yang aku anggap sebagai terminator.

manusia ni,sebelum dia dijadikan sebagai manusia telah pertama kali mengakui untuk menerima amanah dari Allah dan Allah sayang sangat kat dia ni (ikut homepage yang aku cikplak la) benda ni jadi sebelum nabi Adam dicipta lagi......

so,ni dah masuk tahun 1430 ....kalau ikut nabi Muhamad kiamat dah dekat...kalau baginda pun kata kiamat dah dekat waktu zaman dulu .....kalau la ni kiamat dah apa? nak sampai dah tau!

so prepare for it.........

until further notice......selawat kat nabi before leaving this blog
your cooperation is highly appreciated.....
the salvation begins

Thursday, March 5, 2009

apa yang jadi pada hari jumaat di perak dan di dunia

banyak yang hangpa tak tau yang jadi pada hari kiamat, kalau tak tau samgat ...meh baca....

sesungguhnya....

Pada hari Jumaat, ALLAH SWT akan mengutus malaikat ke bumi.

Di tangan mereka kalam emas dan kertas dari perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk ke masjid dan mendirikan sembahyang Jumaat(patutla aku rasa lain macam je waktu pi sembahyang subuh pagi jumaat,kena buat sujud sejadah tu..lain kira laaa).

Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata, Wahai Tuhan kami, kami telah mencatatkan nama-nama mereka yang telah ke masjid dan mendirikan sembahyang; ALLAH SWT berfirman;Wahai malaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka(huh lega..kalau betul la Allah ampun dosa aku...aku banyak dosa ni).

Jumaat adalah penghulu segala hari. Itulah hari yang teragung di sisi ALLAH SWT dan ia adalah lebih besar daripada Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha (huh! best tu). Terdapat 5 peristiwa penting berlaku pada hari Jumaat iaitu:-
1- ALLAH SWT ciptakan Nabi Adam
2- Nabi Adam di turunkan ke bumi.(ni yang aku frust ni.....)
3- ALLAH SWT mematikan Nabi Adam (sedih la ....)
4- Terjadinya hari Kiamat (jaga jaga!)
5- ALLAH SWT memperkenankan permohonan hamba. (kalau doa aku makbul...best!)

Amalan yang perlu diperbanyakkan pada hari Jumaat adalah beristighfar dan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.

p.s: weekly posting blog ni pun mungkin pada hari jumaat...jangan marah

mai la lagi.....kot kot aku update lagi!

Wednesday, March 4, 2009

KRISIS PERAK DAN DUNIA - tanda kiamat!!!!!!!

HUBUNG KAIT:
YANG DAH JADI DAH DISEBUT DALAM TANDA KIAMAT KECIK!!!!!!!
1)HARTA BEREDAR SESAMA SENDIRI => DAH JADI KAT MALAYSIA DAN DUNIA
2)YANG HINA JADI KETUA => HANGPA TENGOK SENDIRI
3)UMAT ISLAM AKAN BERPECAH KEPADA 73 PUAK =>DAH JADI DAH!

ADA LAGI.......
rajin rajin la tengok blog aku ni!!!!!!

HUBUNGKAIT ANTARA KRISIS PERAK DAN KRIS DUNIA

lama dah aku pikiaq sorang sorang....
waktu aku drive , waktu lepak kat markas , waktu lepak kat port aku , waktu berkawal kat kem last last ada satu perkara yang common antara semua ni.....

ada hadis dah explain semua ni...hadis ka pendapat ka apa ka aku tak la sure tapi faktanya bunyi cam ni....

adapun ALLAH TAALA telah tetapkan,

UMUR UMAT NASRANI 2000 TAHUN = DAH EXPIRED DENGAN KELAHIRAN NABI ISA
UMUR UMAT YAHUDI 2000 TAHUN - DAH EXPIRED SEBAB DAH MASUK TAHUN 2000
UMUR UMAT ISLAM 1500 TAHUN = DAH SAMPAI 1430 DAH WAKTU BENDA NI AKU TULIS.TINGGAL DAH TAK LAMA DAH

hubungkaitnya.......
TANDA TANDA KECIK KIAMAT DAN NAK HABIS
TANDA TANDA besaq KIAMAT DAH NAK KELUAQ
DAJJAL DAH PREPARE JUMPAK GENG DIA
YAJUJ MAJUJ DAH BAGI RETAK TEMBOK JAIL DEPA KAT RUSSIA
SO....APA TUNGGU LAGI
BUAT LA APA YANG PATUT

2 BE KONTINUE