Thursday, April 30, 2009

SATU PERMULAAN UNTUK PENGAKHIRAN - PENUTUPAN BLOG!

SEHINGGA NOTIS SETERUSNYA DIBERIKAN SAYA DENGAN INI MENGUMUMKAN BAHAWA MULAI HARI INI
TARIKH 1 MEI 2009
MASA 9.00 PAGI
PENUTUPAN BLOG INI AKAN BERLAKU SERTA MERTA
SAYA AKAN MENULIS BLOG LAIN DI ALAMAT BONDCONNOR0196265007.BLOGSPOT.COM

Monday, April 27, 2009

DUN PENANTI: 12 jam selepas istihar prk TERKINI 10.30pm

aku tengok dah makin makin terasa bahang
markas dan kedai kedai kopi dah makin banyak orang
pekan penanti dah sesak orang
pasar malam penanti lagi penuh orang
geng geng biru aku tengok ada 2 , 3 orang
geng geng 3 line tak nampak lagi
masjid kubang semang dah makin ramai orang
plet plet number luar dah ramai datang

....setakat ini live dari pekan penanti.....bersambung

Friday, April 24, 2009

DUN PENANTI:nasib baik tak masuk balik TERKINI 9.44PM

tengahari tadi suprising...a little bit tension and now back to normal.kalau fairus masuk balik maknanya konsep CAT yang DAP laungkan selama ni....FAIL.

now BULETIN UTAMA CONFIRM fairus stick to original stand....RESIGN.....

2 B CONTINUE........

Thursday, April 23, 2009

DUN PENANTI: AWAT HANG NI TERKINI 3.15 PTG

SAPA SAPA YANG PASS PPSMI ka aatau BOLEH BACA OMPUTIH BACA NI:
Fairus' resignation not retractable, says Speaker


PETALING JAYA: Former Penang Deputy Chief Minister 1 Mohamad Fairus Khairuddin cannot retract his resignation as Penanti assembyman, says state assembly speaker Abdul Halim Hussin.

This is because in his resignation letter, Fairus also included a statutory declaration letter stating he wanted to quit to continue his studies, explained Abdul Halim on Friday.

"When a statutory declaration is made, it is clear that he has already resigned.

"Furthermore, we have also submitted a letter to the Election Commission informing them that the seat is vacant," said Abdul Halim.

"From the view of the law, once he has done that, he is unable to retract his resignation," he added.

When contacted, Fairus, who had reportedly expressed interest in returning as an assemblyman after the Malaysian Anti-Corruption Commission cleared him of graft charges on Thursday, said he would "leave the decision to the leaders".
He said it was up to PKR to decide whether he was able to retract his resignation letter.

Fairus resigned from all posts on April 8, following allegations of involvement in illegal quarry dealings in Penang.

LA NI MACAM MANA? SAPA SALAH SAPA BETUL? LETAK JAWATAN AWAI SANGAT BUAT APA?

DUN PENANTI:UMNO maaf dan terima kasih TERBARU 24/4/09

aku saja la sembang sembang dengan sorang hardcore UMNO kat kawasan guaq perau ni, tah tetiba macam mana tah kak aku sorang tu buat luahan perasan (sebut betul betul murid murid ) bukan perasaan tapi perasan aku rasa dia ni akan berubah angin dari umno kot sebab dia kata kalau #@$@#%$#%#%# tu masuk bertanding dia buat undi rosak la , tak pi mengundi la apa apa lagi la.Aku buat bodoh la ....walau pun kak tu sekarang ni dah menunjukkan KEPANDAIAN dia sedikit sekarang ni ALHAMDULILAH

yang aku muskil sekarang ni, dia pun tak berapa suka dengan PKR,betul jugak alasan akak aku sorang ni sebab boleh kata ramai pemimpin dia ex umno yang KECEWA dengan UMNO termasuklah $%%#%#%#^$^ hangpa pikiaq sendri la no! aku tak tuduh sapa sapa

yang BEST tu dia kata kalau PR letak calon pas kat PENANTI (sebab kak tu pengundi upu guaq perau) dia akan pikiaq lain ....sudah.....

P.S: TAK YAH PI MENGUNDI LA KAK WOI! LAGI SENANG!

Wednesday, April 22, 2009

PENGENALAN KEPADA TERMINATOR BETINA

TP aku cilok dari homepage ko pulak yer....tengkiu
ni la salah satu dari bukti bukti kukuh adanya manusia bergelar TERMINATOR

DUN PENANTI:sempadan pilihanraya pelik?

kawasan aku termasuk dalam dun permatang pasir berjiran dengan dun penanti dan dun seberang jaya yang aku muskil dan pelik kawasan aku jer yang meliputi kawasan kampung pelet yang terletak tersepit tengah tengah kawasan penanti dan guar perahu

heran tak

patut patut macam kawasan seberang jaya ...straight terus ke kawasan dun lain

ni ada ka pulak dun dun penanti terpotong dua dan kawasan kampung pelet termasuk ke dun permatang pasir

was was tau!

yang bertambah pelik dalam dun ni sapa sapa yang area sini tau la
guar perahu yang dekat dengan dun sungai dua boleh masuk dalam dun penanti?
kampung pelet boleh tercampak masuk dalam dun permatang pasir?
aik?
guar perahu terutama taman guar perahu adalah kawasan bahaya bagi pr kerana ia salah satu kubu umno terkuat di dun penanti

jaga jaga

Monday, April 20, 2009

DUN PENANTI:terkini 10pm 20/4/09

aku baru lalu kat depan bangunan umno bhg permatang pauh
PENUH! dengan geng geng umno
aku muskil lak apa yang dah jadi
any way apa benda yang best ni
walaupun najib kata malas nak bertanding
tapi bendera penuh 1 bangunan
apa cerita??????
apa macam??????

Sunday, April 19, 2009

DUN PENANTI:APA DAH JADI??????

Dato Seri Najib nampaknya seperti dah "letih" dengan pilihanraya kecik dengan tak mauh letak calon,Dato Seri Anwar pulak dia memang "mengalu alukan" keputusan najib tu.
PERSOALAN SEKARANG
berapa banyak bebas???????????
mana tau kot kot geng bebas bukit selambau mai sini?
sapa tau?

Saturday, April 18, 2009

terima kasih syed imran 1 penantian di penanti 1 penyiksaan terima kasih sebab menciplak tag line aku

aku tak pernah jumpa pun pak syed ni tapi aku kena terima kasih kat dia sebab dia masuk dalam blog aku ni dan mencilok tag line aku yang aku cipta khas untuk dun penanti

kalau syed imran memabwa notis ni sila sms saya di talian 0124124527
saya perlukan ahli baru dalam kumpulan kami
tq

p.s:pembongkaran aktiviti yang saya sertai telah difilemkan dalam filem TERMINATOR terbaru
TERMINATOR : SALVATION

BN bukan musuh kami sebenar...nak tahu siapa musuh kami....selalulah jengok laman web ini

IKHLAS DARI
un connor

Friday, April 17, 2009

DUN PENANTI:spekulasi senarai calon(1)

DUN PENANTI DIBUBAR
best! tapi aku sekarang ni TERTUNGGU TUNGGU STATISTIK
bukan pengundi yang terdiri dari sebilangan kecik geng geng aku kat sekolah penanti dan sekolah tanah liat dulu tapi STATISTIK CALON

1)CALON BN = DAH TENTU SORANG
2)CALON PR = DAH TENTU SORANG
3)CALON BEBAS = BERAPA ORANG HA?

calon BEBAS yang aku dok perati la ni BERAPA ORANG?
mungkin bebas lagi dari bukit selambau
mungkin terdiri dari orang yang MELEPAS dari pemilihan

aku ulangi sekali lagi slogan khas untuk dun penanti
1 PENANTIAN DI PENANTI 1 PENYIKSAAN

Thursday, April 16, 2009

LAGU INI DITUJUKAN KHAS KEPADA MOHD FAIRUS KHAIRUDIN BEKAS AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN PENANTI

DENGAN UCAPAN: apa hang dah buat?
(sapa sapa yang lepaih siksaan PPSMI tu dan sapa sapa yang tau bahasa inggris tu boleh la faham ayat ayat bawah ni n kalau suka lin kin park tu ...ada mp3 lagu ni melalak la waktu kempen pilihanraya kecik dun ni nanti
SAPA SAPA NAK MP3 DIA BAGI TAU AKU NANTI AKU CHEK KALAU KALAU ADA DALAM LAPTOP NI
lirik nya seperti berikut
"What I've Done"APA AKU DAH BUAT
In this farewell(semasa waktu selamat tinggal)
There’s no blood(tiada darah)
There’s no alibi‘(tiada alibi)
Cause I’ve drawn regret(sebab saya betul menyesal)
From the truth(dari kebenaran)
Of a thousand lies(dari seribu penipuan)
[Pre-Chorus:]So let mercy come(biarkan kasihan datang)
And wash away(dan membersihkan)
What I’ve done(apa yang aku dah buat)
[Chorus:]
I'll face myself(aku hadapi sendiri)
To cross out what i’ve become(bertanggungjawab atas apa aku dah buat)
Erase myself(padamkan diriku)
And let go of what i’ve done(dan lepaskan apa yang aku dah buat)
Put to rest(simpankannya)
What you thought of me(apa yang kau dah ajarku)
While I clean this slate(semasa bersihkan tempat ini)
With the hands of uncertainty(dengan tangan ketidaktentuan)
[Pre-Chorus][Chorus]For what I’ve done(kerana apa aku dah buat)
I start again(aku mula sekali lagi)
And whatever pain may come(kesakitan apa yang akan datang)
Today this ends(hari ini ia berakhir)
I’m forgiving what I’ve done!!!(aku maafkan apa aku dah buat)
[Chorus]What I’ve done(apa aku dah buat)
Forgiving what I’ve done(maafkan apa aku dah buat)

MOHD FAIRUS : benar atau tidak 1 penantian di PENANTI

aku blur pasai orang tua sorang ni
nak kata bodoh...pandai
nak kata pandai...tak berapa la sangat sampa anwar tegur dia
nak kata dia ambik duit rasuah tu....mungkin
nak kata dia kaya sangat.....tak jugak...kereta peribadi dia pun kereta korea made saje
nak kata dia pandai....ada cert macam macam tapi sampai bab duit...AKU RAMBANG MATA
nak kata hensem....hensem lagi aku
nak kata otak bisnes....syarikat ACTION COACH yang ajar orang buat bisnes geng dia punya
nak kata apa lagi
dia dah resign
TERMINATOR dah start tersengih geli hati
depa boleh mengkedarah duit lagi
kita berperang lagi
tak main dengan pak lah lagi
najib jadi pengganti
mahathir jadi MASTERMIND lagi
ANWAR mungkin masuk jail lagi sekali
WAN AZIZAH mungkin jadi AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH lagi sekali
teori RAHMAN dah basi
teori ANWAR menjadi jadi
apa la aku nak taip lagi
hangpa tunggu la sendiri
sesuatu yang pelik mungkin terjadi
1 penantian di penanti sedang terjadi
aku dah lama dok tunggu benda ni
apa yang aku ramalkan
telah , sedang dan akan TERJADI
SAPA SAPA YANG DOSA BANYAK TU START TOBAT LA MULAI MALAM NI!

Wednesday, April 15, 2009

justice is SERVED

pilihanraya ARMAGEDON 2 bukit dah selesai tapi aku harap sangat la kat jiran aku (aku DUN PERMATANG PASIR) dia DUN penanti tu akan dikosongkan untuk pilihanraya sebab aku kalau kat PARLIMEN PERMATANG PAUH ni boleh la aku cover setiap jam sebab tak jauh macam dua bukit tu kot kot boleh masuk KB ka ok gak

walaupun kalah kat BATANG tapi BUKIT 2 2 kami conquer alhamdullilah maka kelam kabut lah TERMINATOR TERMINATOR tu menaham malu ( tu la OBER CONFIDENT SANGAT)

BUKIT LANJAN SELAMAT SEBAB ADUN dah tak merajuk dah
1 PENANTIAN DI PENANTI 1 PENYIKSAAN.....EWAH!

Sunday, March 29, 2009

ARMAGEDDON (PERANG BUKIT) BUKIT SELAMBAU PART 1

AKU PI HARI PENAMAAN CALON BKT SELAMBAU
BKT GANTANG TAK BEST PASAL MELAYU TERBAHAGI 2
KATA NAK ISLAM BERSATU
TAPI YANG SATU NAK BOLOT KAT DIA

AKU HARAP TERMINATOR TERMINATOR YANG BERSELERAK KAT BUKIT BUKIT NI DIMUSNAHKAN

BUKAN APA KESIAN KAT ORANG BIASA ....SILAP SILAP BOLEH MEREMPAT

Thursday, March 26, 2009

UMNO: bersedia untuk ARMAGEDDON di BUKIT BUKAU!

ARMAGEDDON bermaksud perang bukit seperti yang berlaku pada zaman hayat rasulullah dimana pada mulanya baginda menang perang itu dan tanpa diduga dengan kerakusan tentera baginda mengumpul harta akhirnya musuh MENYERANG MEREKA dan tentera rasul lumpuh

FAST FOWARD TO THE PRESENT!

peristiwa sama berlaku dengan parti kesayangan orang ramai tapi bukan aku
aku geng lain
bagi aku MELAYU yang diperjuangkan UMNO hanya di dunia
bila dah masuk KUBOQ hanya yang ada 2 golongan ORANG ISLAM atau ORANG KAFIR
hangpa pilih la sendiri mana satu hangpa nak
MESYUARAT AGONG BARU NI sama ada memperkuatkan UMNO atau sebaliknya
sama sama kita tunggu
DELEGASI UMNO terus pi MASUK KEM kat BUKIT BUKAU tu kot
INGAT! geng geng ana orang PR
JANGAN LUPA DIRI!!!!
BOS KITA BUKAN PRESIDEN PARTI
BOS KITA TUHAN - ALLAH TAALA
APA KITA NAK JAWAB KALAU KITA KALAH
LU PIKIR LA SENDRI

Wednesday, March 18, 2009

HARI RABU (PART 1)

Hari Rabu
kalau ikut catatan sejarah islam hari ni boleh la dikatakan hari TERMINATOR sebab majoriti catatan pasal cerita Allah melingkupkan makhluk saja hari ni so kalau di timpa malang tu hari ni bawak bawak la sembahyang tobat!!!!!!

antara peristiwa ari ni dalam sejarah (hari ketiga hari rabu)
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat

isk takutla hari rabu!!!!

Tuesday, March 10, 2009

HARI SELASA (PART 1)

pada hari selasa terjadinya....

1.wafatnya jurjis (nak kena research sapa dia ni....)
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa..

Monday, March 9, 2009

HARI ISNIN (PART 1)

KELEBIHAN HARI ISNIN

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin,baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut.

happy birthday MUHAMAD! (maulidur rasul)

ni aku nak tribute untuk sorang manusia yang penting dalam RELIGIOUS LIFE aku dan semua orang yang bergelar manusia , orang ni ada banyak jenis....manusia , terminator , dll. anyway aku nak kasi tau dia ni sebenarnya antara orang yang paling ditakuti oleh orang kafir dan juga sesetengah orang yang aku anggap sebagai terminator.

manusia ni,sebelum dia dijadikan sebagai manusia telah pertama kali mengakui untuk menerima amanah dari Allah dan Allah sayang sangat kat dia ni (ikut homepage yang aku cikplak la) benda ni jadi sebelum nabi Adam dicipta lagi......

so,ni dah masuk tahun 1430 ....kalau ikut nabi Muhamad kiamat dah dekat...kalau baginda pun kata kiamat dah dekat waktu zaman dulu .....kalau la ni kiamat dah apa? nak sampai dah tau!

so prepare for it.........

until further notice......selawat kat nabi before leaving this blog
your cooperation is highly appreciated.....
the salvation begins

Thursday, March 5, 2009

apa yang jadi pada hari jumaat di perak dan di dunia

banyak yang hangpa tak tau yang jadi pada hari kiamat, kalau tak tau samgat ...meh baca....

sesungguhnya....

Pada hari Jumaat, ALLAH SWT akan mengutus malaikat ke bumi.

Di tangan mereka kalam emas dan kertas dari perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk ke masjid dan mendirikan sembahyang Jumaat(patutla aku rasa lain macam je waktu pi sembahyang subuh pagi jumaat,kena buat sujud sejadah tu..lain kira laaa).

Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata, Wahai Tuhan kami, kami telah mencatatkan nama-nama mereka yang telah ke masjid dan mendirikan sembahyang; ALLAH SWT berfirman;Wahai malaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka(huh lega..kalau betul la Allah ampun dosa aku...aku banyak dosa ni).

Jumaat adalah penghulu segala hari. Itulah hari yang teragung di sisi ALLAH SWT dan ia adalah lebih besar daripada Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha (huh! best tu). Terdapat 5 peristiwa penting berlaku pada hari Jumaat iaitu:-
1- ALLAH SWT ciptakan Nabi Adam
2- Nabi Adam di turunkan ke bumi.(ni yang aku frust ni.....)
3- ALLAH SWT mematikan Nabi Adam (sedih la ....)
4- Terjadinya hari Kiamat (jaga jaga!)
5- ALLAH SWT memperkenankan permohonan hamba. (kalau doa aku makbul...best!)

Amalan yang perlu diperbanyakkan pada hari Jumaat adalah beristighfar dan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.

p.s: weekly posting blog ni pun mungkin pada hari jumaat...jangan marah

mai la lagi.....kot kot aku update lagi!

Wednesday, March 4, 2009

KRISIS PERAK DAN DUNIA - tanda kiamat!!!!!!!

HUBUNG KAIT:
YANG DAH JADI DAH DISEBUT DALAM TANDA KIAMAT KECIK!!!!!!!
1)HARTA BEREDAR SESAMA SENDIRI => DAH JADI KAT MALAYSIA DAN DUNIA
2)YANG HINA JADI KETUA => HANGPA TENGOK SENDIRI
3)UMAT ISLAM AKAN BERPECAH KEPADA 73 PUAK =>DAH JADI DAH!

ADA LAGI.......
rajin rajin la tengok blog aku ni!!!!!!

HUBUNGKAIT ANTARA KRISIS PERAK DAN KRIS DUNIA

lama dah aku pikiaq sorang sorang....
waktu aku drive , waktu lepak kat markas , waktu lepak kat port aku , waktu berkawal kat kem last last ada satu perkara yang common antara semua ni.....

ada hadis dah explain semua ni...hadis ka pendapat ka apa ka aku tak la sure tapi faktanya bunyi cam ni....

adapun ALLAH TAALA telah tetapkan,

UMUR UMAT NASRANI 2000 TAHUN = DAH EXPIRED DENGAN KELAHIRAN NABI ISA
UMUR UMAT YAHUDI 2000 TAHUN - DAH EXPIRED SEBAB DAH MASUK TAHUN 2000
UMUR UMAT ISLAM 1500 TAHUN = DAH SAMPAI 1430 DAH WAKTU BENDA NI AKU TULIS.TINGGAL DAH TAK LAMA DAH

hubungkaitnya.......
TANDA TANDA KECIK KIAMAT DAN NAK HABIS
TANDA TANDA besaq KIAMAT DAH NAK KELUAQ
DAJJAL DAH PREPARE JUMPAK GENG DIA
YAJUJ MAJUJ DAH BAGI RETAK TEMBOK JAIL DEPA KAT RUSSIA
SO....APA TUNGGU LAGI
BUAT LA APA YANG PATUT

2 BE KONTINUE

Sunday, January 11, 2009

KATEGORI LELAKI "TERMINATOR" BHG 1

JENIS JENIS LELAKI YANG DIGELAR TERMINATOR (PART 1)

JENIS PERTAMA
lelaki jenis ini , dia ingat dia la bos, dia yang digelar raja, perasan yang dia tu best sangat, hensem sangat PADA HAL dia tak sedar yang
KOTE (KEMALUAN)
NYAWA
BADAN
OTAK
ROH
cuma pinjaman saja bangang!
tapi dia ingat tu hak milik total dia.....
podah! aku betul betul menyampah jenis LELAKI macam tu....salah satu bukti aku bukan GAY!

lelaki jenis ini amatlah sesuai dengan perempuan jenis terminator jenis pertama ini, perempuan pun ada jugak terminator...kadang kala lebih dahsyat dari terminator lelaki

BERSAMBUNG!